Rabu, 26 November 2008

Bravo! Remaja Pewaris Negara

Kuala Lumpur - Seramai 79 penuntut pelbagai kaum dari dua IPTA di sini telah menghadiri Program Pewaris Muda anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Sedim Eco Resort Kulim Kedah mulai 7 hingga 9 November 2008. Tahniah untuk semua! Anda telah dilantik sebagai pewaris muda negara bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang julung kali diadakan ini telah membina semangat jati diri dan tahan menghadapi cabaran. Mereka juga berikrar tidak akan melupakan sama sekali sejarah negara Malaysia. Mengenali sejarah negara dapat menjamin masa depan bangsa terus terhormat.....cemerlang, gemilang dan terbilang. Bravo!!!

Perjuangan atau protes?

Kuala Lumpur - Akibat buta sejarah, ramai remaja dilihat hilang pertimbangan bilamana berhadapan dengan sesuatu isu, kata seorang penganalisis politik negara. Dimana perginya jati diri remaja kalau harga diri sudah tidak ada nilainya. Tindakan-tindakan negatif yang dilakukan oleh remaja sekarang seperti Marah. Dendam. Tidak Rasional. Ikut Perasaan. Membabi Buta. Melanggar Undang-Undang. Tidak Bertamadun. Mengganggu Ketenteraman Awam. Mengabaikan Keselamatan Negara...semakin menjadi-jadi. Salah Siapani? Sanggup merosakkan perkara yang baik untuk memenuhi tuntutan nafsu. Tindakan yang merosakkan masa depan bangsa, agama dan negara. Apa ni, perjuangan atau protes?

Ramai Buta Sejarah?

Kuala Lumpur - Pengkritik bebas kata sudah ramai penduduk negara ini telah jadi buta. Bukan buta mata tetapi buta sejarah. Menurut kata beliau, sudah ada yang tidak mengenali sejarah-sejarah Kesultanan Melayu. Melaka. Portugis. Belanda. Inggeris. Tanah Melayu. British. Jepun. Penjajah Barat. Dasar Pecah Perintah. Malayan Union. Pilihan Raya 1952. Perikatan. Melayu+Cina+India. Tunku Abdul Rahman. Merdeka 31 Ogos 1957. Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia. Perlembagaan Negara. Rukun Negara. Peritiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia. Tun Razak. Tun Hussein On. Dasar Ekonomi Baru. Tun Mathathir. Dasar Pembangunan Nasional. Wawasan 2020. Proton Saga. Putrajaya Cyberjaya. Menara Kembar Petronas. Monorel. Lebuh Raya Malaysia Maju Acuan Sendiri. Dasar Wawasan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Biotech. Islam Hadhari. Intergriti. Koridor Utara-Selatan. Hub Halal dan sebagainya. Dan beliau menambah sudah ada yang parah. Bukan sahaja buta tetapi sudah jadi tuli dan bisu. Apa sudah jadi ni?